Aku cuma nak ajak kita semua jangan terlalu seronok dengan tindakan keluar parti oleh MP2 PKR. Bukan apa, kita tahu ketua mereka ANWAR IBRAHIM ni penuh dengan idea2 dan lakonan2 serta penipuan. Mereka2 yang keluar parti ini jangan pulak berharap layanan istimewa dari kerajaan BN. Jika mereka hendak mendapat keistimewaan yang sama dengan MP2 BN, mereka perlu lah masuk atau menyertai parti komponan BN. Mereka juga perlu menandatangani perjanjian dengan BN, jika mereka keluar parti, mereka secara automatik melepaskan kerusi yang mereka pegang. Jika mereka enggan, mereka masih belum boleh di anggap menyokong BN dan masih ada kemungkinan mereka akan kembali kepada pembangkang.
Aku taknak tgk kerajaan melayan kerenah derang ni. Mentang2 mengaku keluar PKR mula mintak BN layan mereka sama dengan MP BN. Kita perlu bersikap buruk sangka sikit dgn derang ni. Bahaya PKR ni. Siapa tak kenal Anwar Ibrahim, seluruh dunia tahu akan sikapnya. Apa sahaja sanggup di buat untuk mendapat apa yang dia mahukan.
Jadi sekali lagi aku mintak kerajaan berhati2 dengan mereka ini. Jangan terlalu cepat percaya. Nanti menjadi gunting dalam lipatan pulak!