Aku melawat laman blog ADUN Titi Serong iaitu Cina Islam. Aku sebenarnya takder kerja sgt ni, so ambik masa sikit nak ajak kita berfikir lagi. Aku tgk post blog CINA ISLAM ni mak aiiii, Tahun ni je sehingga saat aku post ni dah 1337 POST! Ini mesti rekod. Tahun 2009 post beliau ialah sebanyak 5547! Mak! Ini bermakna, setiap hari ADUN Titi Serong ni post lebih kurang 15 post! Ish ish ish, aku yang kerja biasa ni pun nak post 3 post sehari pun aku dah penat. Gamaknya ADUN2 PAS ni ada FREE TIME 24 jam sehari lepak depan PC dan berblog. Bila masa yek derang pergi jumpa penduduk2 kawasan derang? Pergi jumpa yang kat masjid tu je ke? Hmmm, tah la sampai atas katil hospital pun masih berblog. Kah kah kah hebat! Memang hebat! Mungkin kejutan budaya nih. Dulu tak biasa main internet, ni baru tahu internet dan tak leh stop lak yer.
Kalau post2 tu mengajak orang ramai bersatu padu, ajak orang berbaik2, ajak orang saling hormat menghormati tak pe, ini post2 CINA ISLAM ni kebanyakan nya mengutuk kerajaan, memfitnah dengan cerita2 yang di ceduk dari orang lain yang tak tau betul atau salah, mengaibkan orang lain. Hmmmm inilah kerja PAS, agaknya memang ADUN Titi Serong ni di tugaskan oleh PAS untuk berblog 24 jam. Kesin lak aku kat penduduk Titi Serong. Kononya nak tukar pemimpin yang memperjuangkan ISLAM, tgk2 dapat pemimpin yang memperlekehkan dan menggadai maruah umat ISLAM. Apa nak buat, jangan lupa, di PRU akan datang tukar balik BN, baru korang akan nampak YB nya membawa pembangunan di kawasan korang tu.
Btw, aku selitkan email dari pembaca blog ni:
From: khairulazwadi
Date & Time : Wed, 24 Mar 2010 9:18 AM (GMT)
Assalamualaikum.....salam perjuangan ,salam 1Malaysia
Saudara empunya blog, biarkan mereka berkata-kata. kita punya pandangan sendiri kita punya haluan sendiri. setiap apa yang kita tulis kita sendiri akan bertanggungjawab. perjuangan memang berat dan pahit untuk ditelan sekiranya dihalang dengan pelbagai dugaan. teruskan usaha anda. kita menyampaikan apa yang kita rasa. jangan diberatkan komen-komen mereka. tidak akan hilang masalah jika hanya tumpuan kepada satu komen sahaja. bnyk lagi agenda besar yang melanda kita umat melayu. sedar semua. bangkit dan kita harus bersatu padu. bukan menjatuhkan sesama kita
Komen M-2Day:
Terima kasih atas sokongan berterusan dari anda. Insyaalah, saya akan tulis pendapat atau pandangan saya yang benar bukan cerita2 dongeng yang hanya bertujuan untuk menarik pengunjung. Terima kasih sekali lagi.