Ajal maut di tangan tuhan, itu kita perlu akur, tapi dua kejadian kematian kanak2 semalam pada saya dapat di elakkan jika kita mengambil langkah2 yang sepatutnya. Dalam kes kanak2 malang yang meninggal kerana dera, saya berasa amat kesal bila jiran nya memberi komen di TV semalam mengatakan beliau sering terdengar kanak2 tersebut menangis terutama waktu malam. Dia juga mengatakan tangisan tersebut lebih merupakan tangisan kanak2 kene pukul, tapi apa tindakan beliau? Ada ke dia pergi melihat ke rumah jirangnya tu bertanya sebab? Kalau dia tak "ngam" dengan jirangnya tu, dia boleh menalifon talian NUR atau pihak Polis. Saya ada menulis hal ini sebelum ni. Kita PERLU jaga tepi kain orang dalam hal2 sebegini! Jika lah jiran nya tu membuat laporan, nescaya kanak2 tersebut masih ada sekarang.
Dalam kes kecuaian rumah pengasuh kanak2 pulak. Dalam kes semalam kanak2 tercekik bebola ikan. Saya rasa pihak kerajaan perlu WAJIBKAN semua pengusaha2 rumah pengasuh kanak2 yang berdaftar dan tidak berdaftar ini dengan mengadakan seminar2 atau kursus2 mengenai keselamatan dan tindakan awal semasa kecemasan (FIRST AID). Misalnya, apa perlu di lakukan jika kanak2 terkena air panas, apa tindakan awal perlu di buat jika kanak2 terjatuh dan patah kaki misalnya. Termasuklah kanak2 tercekik. Bagaimana melakukan CPR dan lain2. Ada cara2 nya. Pihak berkaitan perlu mewajibkan pengasuh2 ini mengambil kursus2 "FIRST AID" ini. Kematian akibat tercekik semalam mungkin boleh di elakkan jika pengasuh berkenaan tahu cara2 nya.
Apa pun, sama-sama lah kita memberi perhatian dalam isu2 kanak2 ini. Mereka lemah dan perlukan bantuan kita.