Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 14, 2010

Sijil Halal Banyak Keraguan

Aku tertarik dengan citer berkaitan taraf HALAL untuk restoran2 di negara kita nih. Termasuklah barangan2 makanan. Kita semua tahu, HALAL dalam pemakanan khasnya amat di tuntut oleh ISLAM, kita juga sebagai Negara Islam jadi sudah semestinya lah hak kita sebagai umat Islam perlu di hormati oleh semua rakyat Malaysia. HALAL ialah tuntutan agama, jangan di buat main. Saya ada beberapa cadangan untuk memudahkan kita umat Islam untuk mengenalpasti ketulenan sijil HALAL.

Sebagai contoh, ada sebuah KOPITIAM yang di asaskan di Perak dan kini telah jadi sebuah rangkaian kopitiam yang besar di seluruh negara, malah ada iklan di televisyen. Logo HALAL nya tertera besar di pintu2 masuk kedai mereka, tapi bila saya menalifon pihak JAKIM Perak, mereka kata tidak ada rekod kopitiam ini di beri sijil halal. Mungkin di beri atas nama lain. Jadi inilah masalah nya. Bagaimana kami nak pastikan kesahihan sijil halal ini?

Jadi cadangan saya ialah;

1) Berikan kuasa mutlak HANYA kepada JAKIM untuk mengeluarkan sijil HALAL
2) Setiap sijil halal (stikernya) perlu tertera no rujukan dan nama sijil tu di keluarkan (sebagai contoh saya sertakan gambar.
3) Sijil ini mesti di berikan kepada kedai tersebut sahaja, maksudnya nama apa yang tertera di papan tanda kedai tu, maka itu lah nama sijil halal tersebut di keluarkan.

3 cadangan asas ini mampu untuk memudahkan kami pengguna mahu memeriksa ketulenan sijil halal tersebut. Saya berharap perkara ini mendapat perhatian yang berkaitan, sebab HALAL pada umat ISLAM adalah perkara WAJIB.

Yang Ikhlas,