Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, May 4, 2010

Tahniah POLIS DIRAJA MALAYSIA!

Aku amat sedih bila sejak kebelakangan ini ramai pihak2 yang menghentam pihak POLIS. Malas nak fokus kat satu2 kes, tapi yang aku tahu polis kita adalah antara yang terbaik dalam dunia! Memang tak di nafikan kita sedih bila kehilangan sesaorang dalam keluarga tapi kita juga perlu melihat diri kita sendiri. Kita juga perlu lihat sikap orang yang meninggalkan kita tu. Aku pun ada anak, aku pun sayangkan anak aku. Tapi sebagai contoh, anak aku kene rotan di tangan dgn cikgunya sebab dia makan dalam kelas. Sampai berbekas tangan aku aku beb, tapi buat pe aku nak marah cikgu tu. Dia nak mengajar anak aku untuk mengikut undang2. Sekarang ni, anak kene sikit di sekolah dgn guru, para ibubapa MELENTING! MENGAMUK! Nanti bila anak dah besar jadi peragut, jadi mat rempit, jadi perogol pada masa tu, mak bapak ni akan kata sistem pendidikan negara tak betul pulak kan.

Di taman tempat tinggal aku ni sebagai contoh, budak2 sekolah merempit di lorong2 jalan. Ada yang bawak kereta memecut laju kat jalan2 sempit di taman ni, dgn tak berlesen dan bangga mereka memecut macam jalan tu MAK BAPAK derang punya. Cuba korang fikir, kalau terlanggar anak2 yang sedang main, amacam? Masih nak backup budak2 yang memandu tak berlesen ni? Sebab derang BAIKKKKKKKKK UMATTTTT! Tapi bila kene musibah kat derang sendiri, wow keluarga MELENTING LAGI!!! Lupa yang anak kita tu dah salah dari mula.

Cuba korang lihat dari sudut pandangan pihak polis pulak. Sekarang ni penjenayah2 dah canggih2. Kadang2 penjenayah memiliki senjata api lebih canggih dari polis. Kita lihat boleh di katakan hari2 ada kes2 rompak, bunuh, ragut, rogol, menyeludup dadah, mengedar dadah, merempit, merempuh polis dan macam2 lagi! Dalam keadaan sekarang ni, kita perlu ingat polis perlu membuat keputusan dan tindakan segera. Adakah kita fikir mereka ada masa nak mintak kad pengenalan orang yang ingkar dan tidak mahu memberhentikan kenderaan bila di minta berbuat demikian sebagai contoh. Mereka bertindak mengikut undang2, dan salah siapa sebenarnya?

Aku harap sangat peristiwa2 dan tuduhan2 yang di lemparkan kepada pihak polis ini tidak melemahkan semangat mereka untuk bekerja mengawal ketenteraman awam. Aku rasa amat selamat di negara kita. Tgk kat Thailand, Filifina, Indonesia, Burma ish, syukur aku di lahirkan di Malaysia. Aku amat menyokong tindakan pihak polis! Kalau ada pun kes anggota polis yang "jahat", tapi itu merupakan kes2 terpencil dan amat kecil bilangan nya.

HIDUP POLIS DI RAJA MALAYSIA!!!

Yang Ikhlas,