Semalam aku terbaca tentang iPhone 4 yang akan di lancarkan tidak lama lagi. Memang hebat iPhone tapi yang paling menarik perhatian aku dalam penulisan tu ialah bila pemberita menulis harga I-Phone di USA. Bagi iPhone 3G S penduduk US boleh memilikinya dengan harga hanya USD99 atau lebih kurang tak sampai RM400. Persoalan nya kenapa di sini iPhone ini di jual dengan harga tak kurang dari RM2,500? Berapa tax yang kerajaan kenakan untuk gadget2 ni? kalau 200% pun baru jadi RM800. Hairan pulak aku. Kalau jawabnya sebab iPhone menjual murah untuk rakyat negaranya sendiri, aku sarankan PROTON juga wajib buat begitu, jual dengan harga murah sebab aku dengar PROTON dijual lebih murah untuk pasaran luar negara berbanding dalam negara, dah terbalik pulak.
Hairan, hairan hairan ... iPhone kat US dijual dengan harga RM400 kat sini RM2,500! camner tu yek .... ish hairan2.
Yang Ikhlas,