Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 10, 2010

Penduduk Kampung Baru Perlu Berhati-Hati

Kampung Baru kekal 100% bumiputera, ini kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Menteri ini juga lah yang mencadangkan agar 40% tanah Kampung Baru DI JUAL KEPADA BANGSA ASING! Anda masih percaya cakap mamat nih?

Nong Chik masih berkata;

"Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi bumiputera dan bukan bumiputera."

"Kerajaan memahami kebimbangan penduduk Kampung Baru terhadap isu nisbah 60:40 ini dan kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan berkenaan akan kekal 100 peratus milik bumiputera tetapi pembangunan komersial mungkin boleh dipertimbangkan untuk dibuka kepada bukan bumiputera.

Pada aku bila sesaorang ada niat nak menggadai hak orang Melayu kepada bukan Melayu, maka memang sah la mamat ni tak boleh di harap untuk mempertahankan hak orang2 Melayu di Kampung Baru. Aku harap penduduk Kampung Baru menubuhkan syarikat atau koperasi yang di miliki atau di uruskan oleh semua atau wakil penduduk Kampung Baru sendiri yang di beri mandat untuk membangunkan atau menguruskan pembangunan Kampung Baru.

Aku menyeru kerajaan agar tolonglah menjaga hak Orang Melayu yang tinggal SEJEMPUT di Kuala Lumpur tu. Janganlah disebabkan memburu pembangunan, tanah2 Orang Melayu menjadi mangsa. Kampung Baru merupakan satu-satunya perkampungan Orang Melayu di Kuala Lumpur. Di bandar2 di seluruh negara kita ni, kalau orang luar datang, dah macam berada di CHINA atau Hong KONG. Mana Orang Melayu? Ada, tapi nunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn di hujung2 bandar.

Sekali lagi aku menegaskan kat sini, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin TIDAK LAYAK menerajui pembangunan Kampung Baru!

Yang Ikhlas,