Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, December 1, 2010

Apakah Yang Kita Perjuangkan?

Saya juga ingin komen sedikit tentang penulisan kolumnis di Utusan Malaysia hari ini. Saya sebagai penulis bebas dan bergerak solo hanya dgn tujuan cuba sedaya upaya saya untuk menyampaikan serta meluahan perasaan, pandangan dan cadangan saya kepada para pembaca blog saya. Blog saya hanya di kunjungi purata 200 org sehari. Tetapi saya hairan kenapa bila blog dah maju jaya dgn hit sampai berjuta2 tiba-tiba lak cerita pasal kos dan berubah kiblat?

Mari kita balik kepada perjuangan asal, matlamat asal kita. Apa tujuan kita pada mula kita berblog dahulu? Untuk membuat duit? atau untuk memperjuangkan kebenaran dan meluahkan pendapat kita? Jadi janganlah jadikan isu kewangan, malu la kalau kita duk sebuk2 nak bantai org pasal rasuah, pasal keikhlasan berkhidmat untuk rakyat, tetapi kita sendiri dahagakan wang untuk perjuangan. Saya paham blogger sepenuh masa banyak habiskan wang ringgit untuk mendapat berita2 terkini, tetapi jika kita perlukan sumber kewangan, tak manis rasanya meminta2 kat orang yg kita perjuangkan itu. Kalau kita berjuang untuk kerajaan BN, takkan nak mintak BN sponser kita. Tak manis tul nampak nya. Manis lagi jika menjual ruang iklan dari meminta2 dari org. Tak kira la ubat kuat ke apa, asalkan halal.

Lagi satu saya benar2 berharap agar blogger2 otai yang dah maju tu, jgn lah lupa kami yang baru2 nak berjuang ni. Apa kata korang letakkan link2 blog kami di laman2 anda. kalau di bawahhhhhhhhhhhhhhhhh sekali pun tak pe la. Asalkan bro2 semua dpt membantu kami dalam perjuangan. Apa yang penting ialah kita kene gempur puak2 Pakatan Rakyat ni dari terus merosakkan minda rakyat. Harap2 ada otai2 yg baca penulisan ini dan dapat sama2 membantu kami dan secara tak langsung membantu UMNO dan BN demi Agama, Bangsa dan Negara.

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH!

Yang Ikhlas,