Berita Harian: Mutakhir

Monday, December 6, 2010

Khir Toyo Di Hadap Ke Mahkamah - Rasuah Banglo

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Beliau didakwa memperolehi, bagi dirinya dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam dari Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayron pada harga RM3.5 juta, sedangkan lot-lot itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

- Malaysiakini

Komen M-2Day:

Apa cerita ni wak?!? Memang la sesaorang tu tak bersalah selagi belum di sabitkan oleh mahkamah, tapi bila BPR dah bawak ke mahkamah tu maknanya ada le kesahihan cerita ni. Adoi wak, kita duk mati2 mempertahankan UMNO dan BN, wak pulak kaco daun hal ni. Harap2 segerakan kes ni dan buktikan kepada rakyat tuduhan tu tak betul! KALAU BETUL wak bersalah, sila lepaskan je jawatan dalam parti, dalam kerajaan dan keluar parti UMNO serta lepaskan ADUN tu. Jika wak bersalah, Wak secara automatik tak layak lagi! Itu kalau wak bersalah la. Ini pendapat peribadi saya.

Yang Ikhlas,