Apa pulak tiba2 ada cadangan nak limitkan masa menjadi PM ni? Kenapa la sebuk2 nak tukar bend yang tak sepatut nya di ubah. Ubah yang tak elok, bukan yang elok atau yg takder mendatangkan masalah.
Lebih baik kerajaan tumpukan kepada syarat2 menjadi wakil rakyat misal nya, atau cara2 memastikan wakil2 rakyat menjalankan kerja mereka iaitu mengambil tahu hal rakyat yang di wakilinya.
Pada aku PM tidak perlu di tukar selagi dia tidak membuat sebarang kerja2 salah, atau terlibat dengan penyalah gunaan kuasa atau rasuah dll. Jangan sebuk2 nak ubah atau had kan tempoh.
owh lupa, yang aku cakap syarat2 jadi wakil rakyat BN ni kene la ketatkan. BN kena pastikan bakal wakil2 rakyat nya atau calon2 nya mestilah sihat tubuh badan, mestilah tiada masalah2 peribadi, mesti juga pandai bertutur dan berdialog dan yang paling penting dia mesti rajin bertemu rakyat. Bukan ajak rakyat dtg opis dia kalau ada apa2. Turun ke pasar2 malam, turun ke kedai2 kopi, turun ke masjid2 dll.
Yang Ikhlas,