Berita Harian: Mutakhir

Thursday, February 10, 2011

Membendung Gejala Tidak Bermoral BUKAN Pendirian PAS!

SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.

“Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan. - Malaysianinsiders

---------------------------------

Aku cukup2 kesin dgn PAS ni. Dah byk kali kami cakap PAS hanya batu loncatan dan takkan dapat berbuat apa2 keputusan selagi tidak "DIRESTUI" oleh DAP dan PKR. Macam mana la mereka nak perjuangkan ISLAM? Kesiannnn!

Terbaru, cadangan Ketua Pemuda PAS si Nasrudin, kunun nya bersemangat nak melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih. Tetapi malang sungguh, DAP dan PKR tak setuju sebab hari valentine ni hari yang mereka suka. Masa ni la mereka nak enjoy ngan awek2 mereka, mabuk2, romen2.

Maka teruklah PAS kene sound ngan DAP dan PKR, jadi Khalid Samad pun keluarkanlah statement kata itu hanya pendirian peribadi si Nasrudin dan bukan pendirian PAS. Apa pendirian PAS?

Maknanya PAS ni bukan lah nak menegakkan ISLAM. Jadi aku heran apa yang derang sebut2 PAS ni PARTI ISLAM? PAS bukan parti Islam. PAS hanya sebuah parti politik yang nama nya ada perkataan ISLAM! Aku rasa perlu ubah undang2 untuk mengharamkan penggunaan nama AGAMA dalam parti politik. Kekeliruan padan rakyat. Sebuk org cakap PAS ialah Parti Islam padahal mereka bukan memperjuangkan ISLAM pun!

Kene ubah segera sebelum lebih ramai umat Islam keliru. Bukan itu je, bukan Islam pun lagi la keliru. Semua perbuatan PAS mereka akan anggap itu perbuatan yang di bolehkan dalam ISLAM. Orang PAS berkhalwat, derang akan kata ISLAM boleh khalwat! Kecoh kecoh!

Yang Ikhlas,