Aku sekadar nak ingatkan media2 arus perdana ni, jangan terlampau membincangkan hal ehwal politik Mesir ni. Kita jangan campur urusan negara luar. Jangan di ikut rentak Pakatan Rakyat ni. Mereka tu ada kepentingan peribadi. Tapi sebagai media arus perdana kita harus menjadi nuteral.
Kita bukan US atau ISRAEL. Mereka sebuk di sana sebab nak meng kucar kacirkan negara2 ISLAM. Biar la media2 tidak rasmi kerajaan yang sebuk hal tu. Sama juga bila kita di landa kontrovesi dalaman, media2 luar pun menyebuk, dan kita bangkang dan marahkan mereka.
Bila ada demo, media2 barat sebuk ambil gambar kereta pemancut air. Sebuk tunjuk polis tangkap peserta demo haram. Kita juga marahkan mereka kerana tidak melaporkan secara adil. Jadi kita juga harus menghormati negara luar. Kita jangan buat perkara yang kita tak suka orang buat kat kita.
Saya pernah lihat penyampai2 rancangan pagi di TV kita sebuk bercakap tentang kebangkitan rakyat mahukan HOSNI MUBARAK turun dan sebagainya. Mereka seolah2 menyokong pendemo2 tersebut. Padahal sebagai media perdana mereka tidak boleh bertindak begitu.
Kadang kala, kebangkitan rakyat ni bukan semua betul pun. Ni macam dalam negara kita pun, sebuk jugak demo kebangkitan rakyat konon nya. Tapi pada hakikat nya tiada apa yang nak di bangkitkan pun. Malah yang demo tu hanyalah penyokong parti pembangkang. Memang lah mereka nak bangkit.
So aku harap korang paham apa yg aku cakap ni. Jangan kita sebuk hal ehwal politik negara luar. Kita boleh siarkan apa yang kita lihat, tapi tak perlu lah menyokong mana2 pihak. Itu hal mereka.
Yang Ikhlas,