Apa hal lak Pakatan Rakyat ni menggeledik macam pompuan gelek seronok di atas kejatuhan Mubarak di Mesir? Apa mereka fikir mereka boleh lakukan nya di Malaysia? Kalau berani cuba lah. Sistem pemerintahan kita berbeza dari Mesir. Cara kita juga berbeza dari mereka. Adakah korang fikir kerajaan baru selepas Mubarak boleh memerintah dengan aman selepas ini? Cara pengalihan kuasa seperti ini selalunya tidak akan kekal lama.
Selepas Mubarak siapa? Kalau pengganti Mubarak yg baru nanti tidak di sukai rakyat lagi, maka berontak lagi sekali? Jatuhkan? Ganti irg lain? Adakah seorang pemimpin yang boleh memberi 100% kepuasan untuk semua orang?
Lihat apa jadi di Thailand. Berapa PM mereka dalam beberapa tahun sahaja. Ini bukan cara yang bijak. Jika begini, tak gunalah demokrasi. Kita berbalik kepada sistem zaman batu. Sapa kuat memerintah. Amacam?
Mubarak sudah tumbang, apakah jaminan penggantinya tidak akan di tumbangkan sebegitu rupa jugak? Jangan kita terlalu menyokong cara rakyat Mesir tu. Cara begitu lebih membawa keburukan dari kebaikan.
Dan para pembangkang @ Pakatan Rakyat jangan sesekali memasang niat nak buat camtu di sini, nescaya buruk padahnay. Pemerintahan kita jauh berbeza dengan cara mereka. Jangan nak samakan Mubarak dengan D.S. Najib.
Sedangkan pilihanraya korang tak leh nak sapu, korang nak bising2 nak gertak kerajaan dengan apa yang terjadi di Mesir dan Tunasia pulak.
Ini satu panggilan untuk kerajaan. Kene ada tindakan tegas kepada mereka yang terlalu ghairah membuat ugutan kepada kerajaan. Mereka2 ini mesti di halang atau di bendung dari awal. Jangan asyik amarannnnnnnnnnnnnn 24 jam!
Yang Ikhlas,