Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.
Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.
Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini. - Malaysiakini
---------------------------------
Aku dah kata, kita ni kalau nak berdakwah pun tak payah la memburukkan agama lain. Nabi tak suruh pun. Tambahan pulak bila berbicara dalam TV. Satu Malaysia boleh tengok. Jaga2 la percakapan kita tu.
Tentang Valentine's ni, cukuplah bila kita bincangkan sekitar ajaran agama Islam je. Kita tak perlulah nak menunjukkan keburukan nya kepada bukan Islam. Bukan apa, takut mereka salah paham.
Berhati2 lah. Isu agama ni sensitif, kita mintak umat2 Islam semua sama2 lah kita menghormati ajaran agama lain. Dan kita mintak juga mereka menghormati ISLAM. Sama2 lah kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama ni.
Aku ringkas je, kepada anak2 aku, aku cuma cakap direct je, "SAMBUT VALENTINE'S TU HARAM!" so habis cerita. Nak berdolak dalik macam2 buat susah je. Aku harap majlis fatwa juga boleh terus meletakkan hukum itu secara jelas, bukan samar2 seperti sekarang di mana mereka mengatakan sambutan valentine's ni roh nya kristian. Bagi aku kenyataan begini mengelirukan anak2 muda.
So buat uztazah, hati2 lain kali bila berbicara k.
Yang Ikhlas,