Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, February 23, 2011

Pakatan Rakyat Serah Tugas Menghasut Rakyat Kepada PAS?!?

PAS sedang hebat berceramah di seluruh negara dan rata2 ceramah2 PAS sejak akhir2 ini semua nya menghasut pengikut2 tegar mereka untuk bersiap sedia bangun memberontak dan menjatuhkan kerajaan BN.

Walaupun berlapik cakap mereka, kunun nya mahu menjatuhkan BN melalui pilihanraya, dalam masa sama mereka giat menghasut rakyat untuk memberontak. Tak kira tempat, termasukkan di kutbah2 Jumaat.

Apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia menjadi panduan dan api semangat mereka. Nampaknya Pakatan Rakyat telah memberi tugas menghasut rakyat kepada PAS, kerana ruang untuk PAS menghasut lebih luas.

Anwar juga sudah nampak dia bakal di penjarakan di sebabkan nafsu buasnya meliwat Saiful. Dan DAP di lihat tidak sesuai dengan hasutan kerana yg menjadi rujukan mereka ialah negara ISLAM. PAS adalah calon terbaik untuk PR menghasut rakyat.

Persoalan nya, adakah ISLAM ini satu AGAMA yang gemarkan keganasan seperti yang di nyatakan oleh negara2 barat? Adakah ISLAM menggalakkan perpecahan sesama saudara ISLAM? Kenapa negara barat menyokong kebangkitan rakyat di timur tengah? Kita semua tahu negara2 timur tengah kaya dengan minyak. Seperti juga Iraq, minyak adalah sasaran berat. Minyak atau nama lain emas hitam ni, mahu di takluk oleh negara2 barat.

Kita semua tahu kuasa minyak. Lihat sahaja di negara kita, kalau minyak naik harga, semua brg akan ikut naik harga. Itulah kekuatan minyak. Dan inilah sebabnya negara barat menyokong rakyat2 negara timur tengah yang memberontak. Semata2 untuk menghuru harakan negara Islam sahaja.

Negara barat memang gemar melaga2 kan serta menghuruharakan negara2 ISLAM. Yang aku heran macam mana PAS boleh terikut2 dengan semboyan haru biru yg di tiup oleh negara2 barat? Adakah situasi negara kita sama dengan Mesir atau Tunisia?

Dan PR juga harus hati2, Malaysia mempunyai rakyat yg pro kerajaan lebih ramai dari penentang kerajaan. Jadi takut2 korang yang akan terima akibat dari permainan yg korang cipta sendiri.

Menteri KDN sekali lagi aku seru, tgk lah ceramah2 PAS ni yang mereka upload di youtube tu, baru you tahu apa yg terjadi di negara kita sekarang ni. Mereka (Pakatan Rakyat) dah hilang hormat pada kerajaan. So tugas Menteri KDN ialah untuk mengembalikan kredibiliti kerajaan BN. Jangan biar org pijak kepala kita wei Menteri KDN!

Yang Ikhlas,