Berita Harian: Mutakhir

Thursday, February 24, 2011

Di Mana Pakatan Rakyat Ada, Pasti Huru Hara!

Apa yg terjadi di UPM sebenarnya di dalangi oleh Pakatan Rakyat. Sama ada kita nak mengaku atau tak, itulah hakikatnya. PR telah giat menjalankan ground work. Bermula dari bawah. Anak2 muda jadi sasaran. Di sumbat dengan fitnah dan janji2 kosong.

Aku ada dengar pergerakan mereka bermula dari sekolah menengah lagi. Selepas itu ke kolej2 dan universiti2. Ini strategi mereka. Anak2 muda yang masih mentah dan berfikiran sempit ini amat mudah untuk mereka "rasuk". Krisis di UPM menunjukkan betapa TIDAK MATANG nya kelakuan sebahagian pelajar2 UPM.

Kita tak boleh manghalang mereka untuk menyokong mana2 parti politik, itu hak mereka. Tapi tindak tanduk mereka jelas melambangkan atau mencerminkan perlakuan Pakatan Rakyat. UMNO tidak pernah menggunakan anak2 muda ini untuk kepentingan sendiri. Kerajaan secara ikhlas memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua mereka tanpa mengira latarbelakang.

Tetapi, PR ini suka mengambil kesempatan, suka menjadi batu apai dan suka menghasut dari segala segi agar semua rakyat nampak kekecohan atau betapa huru hara nya sistem pendidikan kita. Padahal tiada apa pun yang sirius terjadi. Cuma mereka suka ambil kesempatan.

Kita lihat sahaja demo2 PR, sama je tektik nya. Mereka membuat provokasi kepada pihak berkuasa, lepas tu semua mereka standby dgn camera masing2 menanti tindak balas pihak berkuasa kepada mereka. Dan beberapa jam kemudian akan keluarlah gambar2, video2 betapa "ganas" nya pihak berkuasa bertindak terhadap mereka.

Sama je kes di UPM ni. Pelajar2 tu membuat provokasi kepada pihak keselamatan UPM, then bila pihak UPM bertindak, mereka dah mula menyebarkan pelbagai cerita "KEJAM" yang mereka hadapi.

Pakatan Rakat telah membuktikan kepada kita semua yang HURU HARA akan sentiasa bersama anda jika anda memilih untuk menjadi PENCACAI kepada Pakatan Rakyat!

Yang Ikhlas,