Berita Harian: Mutakhir

Monday, February 14, 2011

PRK Merlimau dan Kerdau. Kalau PRU Terus Kan Senang.

Terlampau byk sangat pilihanraya kecil (PRK). Menanti ialah Merlimau dan Kerdau. Bukan apa, aku ni sebagai rakyat biasa ni kan, nampak bende2 camni kan, aku rasa baik buat PRU terus.

Atau kosongkan dulu kerusi tu sementara PRU13. Sekali PRK kerajaan belanja berapa juta? Hmm tapi siapa lah aku, PM kita lebih arif hal ni. Tapi aku tetap bersyukur, sebab sejak kebelakangan ini sokongan terhadap UMNO dan BN lebih mantap. Tahniah D.S. Najib.

Pendekatan D.S. amat baik. Dan semua wakil rakyat BN perlu selalu turun padang. Lihat dan dengar masalah rakyat. Bantu kami ni. Dengan cara itu sahaja kita dapat memenangi hati rakyat. Bekerja lah untuk rakyat, nescaya anda akan di pilih.

Jangan ikut rentak wakil rakyat Pakatan Rakyat. Kerja mereka hanya mencari salah silap orang lain. Kerja mereka hanya mencipta isu. Kerja mereka hanya turun naik mahkamah. Lihat Anwar, lihat Karpal. Ini contoh wakil rakyat mereka. Dalam sebulan berapa lama mereka habiskan waktu di mahkamah? Bila masa mereka nak jaga hal ehwal rakyat?

Tapi hairan juga masih ada yang sanggup menyokong mereka ni. Sedangkan dah terbukti mereka ni hanya pandai menabur janji, hanya pandai mengutuk orang, pandai mengaibkan org, pandai mencipta isu, pandai bermain api perkauman tetapi masih ada yang terlalu bodoh untuk melihat kebodohan Pakatan Rakyat ni.

Anwar ibrahim yang suka meliwat ni, setiap kali keluar negara akan memburuk2 kan imej negara. Adakah anda fikir perbuatan dia ni baik untuk negara kita dari segi ekonomi terutama nya.

Tah la, ini lah hakikat dunia. Perbuatan kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang walaupun perbuatan yang baik.

Yang Ikhlas,