Maaf la jika aku tersalah cakap. Tun Dr M ialah orang yang paling aku pandang tinggi sebagai seorang bapa pembangunan dan negarawan yang belum ada tandingan nya ... pada aku. Dan pada pendapat aku juga, Tun Dr M tak perlu lah nak menjelaskan rasional atau sebab musabab di atas sebarang tindakan nya semasa beliau memegang jawatan PM dahulu.
Tun Dr M amat banyak menabur bakti kepada negara. Semua rakyat secara terus atau diam2 bersetuju dan menerima pendapat bahawa Tun telah banyak membuat pembangunan ke atas negara kita.
Kenyataan2 dan penulisan2 Tun yang menceritakan tindakan2 beliau terdahulu menyebabkan atau membuka ruang untuk pembangkang2 yang sentiasa mencari sesuatu kesilapan untuk di jadikan isu.
Ops Lalang ke ops apa ke, semua nyer dah lepas, dan dalam apa jua tindakan pasti ada yg bersetuju dan tidak. Apa point nya nak di bincangkan kembali. OPS LALANG kembali di bincangkan oleh pembangkang di sebabkan penulisan Tun. Kalau ikut hati aku rasa baik kita buat lagi satu OPS LALANG II pulak. Tangkap penghianat2 dan yg celupar2 tu. Sumbat 2 tahun guna ISA. Mangkok2 ini lah yang menyebabkan keadaan yang tenang sebelum ini menjadi kelam kabut.
Sebelum Anwar Ibrahim dilepaskan oleh PAK LAH, negara kita lebih tenang. Sebenarnya mereka2 ni la punca sebenar kenapa sekarang setengah rakyat kita gemar memberontak dan cukup suka dengan budaya demonstrasi jalanan ni.
Sekali lagi aku seru Tun hentikan membincangkan kembali tindakan2 nya semasa beliau menjadi PM dahulu.
Dan aku seru juga kepada PM kita sekarang agar menggantikan Menteri KDN sekarang dengan seorang yang lebh tegas dan bukan hanya tahu menghunus keris dan memberi AMARAN sahaja.
Yang Ikhlas,