Berita Harian: Mutakhir

Friday, April 8, 2011

Gejala Samseng Budak Sekolah Jangan Di Pandang Remeh

Kegiatan samseng di kalangan budak2 sekolah ni jangan sesekali di pandang remeh. Mereka2 ni akan keluar dari sekolah, dan jika tak di bendung kegiatan mereka tu akan di sambung selepas itu. Semalam 20 pelajar masuk ke sekolah lain menyerang pelajar sekolah tu, kelmarin murid tumbuk cikgu. Apa tindakan Kementerian Pelajaran?

Cukupkah mereka2 ni di buang sekolah je? Adakah sikap mereka ini akan dapat di bendung dgn tindakan buang sekolah? Jawab nya tentu tidak! Dan aku dapat tahu ada sekolah2 yg menutup kes2 budak samseng ni semata2 tidak mahu memburukkan nama sekolah mereka, jadi mereka berhentikan budak2 bermasaalah ni. Tapi kita kene lihat, budak2 ni akan terus bersikap samseng di luar sekolah. Dan nanti makin teruk lah remaja2 kita yg dah siap2 teruk sekarang.

Aku budak2 samseng ni di tangkap dan di letakkan di sekolah pemulihan, dan di sekolah tu perlulah di serapkan nilai2 murni yg berterusan, dan AGAMA juga perlu di sumbat kedalam jiwa mereka sepanjang masa! Tidak lah jadi seperti sekarang, ramai yg berkata masuk sekolah2 macam tu budak2 jadi lebih jahat!

Jadi sama2 la kita membendung gejala samseng di kalangan budak2 sekolah ni. Pihak Polis perlu lebih masa menumpukan terhadap kes budak2 sekolah ni. Rajin2 lah pergi ke sekolah2 buat ceramah motivasi. Tunjukkan video2 orang kene sebat, atau pengalaman orang dalam penjara tu. Kasik ingat sikit derang tu.

Yang Ikhlas,