Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, August 23, 2011

Dapatkah Ramadhan Membuka Mata Hati Kita Untuk Menilai?

Di bulan yang mulia ini, aku nak tanya sket kat u alls, adakah RAMADHAN kali ini berjaya membuka mata hati kita untuk menilai mana yang lebih baik? Mana permata dan mana kaca? Mana madu dan mana racun?

Kita semua rakyat di selubungi oleh seribu satu macam cerita. Pakatan Rakyat setiap hari bercerita tentang keburukan Barisan Nasional. Begtu juga sebaliknya. Mana satu yg betul? Cuba lah mengambil berkat bulan mulia ini untuk menenangkan hati dan membuka hati kita untuk menilai dengan lebih telus dan ikhlas.

Mari kita renung apa yang kerajaan BN buat untuk rakyat Malaysia. Apa pulak yang kerajaan PR buat untuk rakyat Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor? Isu2 besar seperti kes LIWAT Anwar Ibrahim yang sering di LEWATKAN, isu JAIS Selangor, isu kemiskinan Kelantan, isu "PENYAPUAN" orang2 Melayu dari Pulau Pinang, isu cincin berjuta2 ringgit, isu kapal selam punya komisen dan pelbagai isu yang melanda kita sehingga kini.

Cuba tenangkan jiwa kita dan fikir, segala tuduhan2 dari PR adakah di iringi dengan bukti sahih? Contohnya la, adakah begitu mudah sesaorang menyimpan 500 juta duit komisen di negara kita ni tanpa seorang pun saksi? Adakah logik akal fikiran kita isteri PM sanggup membelanjakan berjuta2 ringgit untuk sebentuk cincin? Sedangkan orang paling kaya di dunia pun tak nak beli cincin begitu mahal. Adakah PM kita antara orang terkaya di dunia?

Tapi mari alihkan pulak pemikiran kita dengan sebagai contoh kes liwat Anwar Ibrahim. Ada yang tuduh, cukup dengan saksi, dengan cctv lagi dan macam2 bukti! Termasuk lah DNA. Dan jangan lupa tuduhan2 terhadap Anwar Ibrahim oleh BEKAS rakan2 karib nya dan juga video seks nya dengan chinadoll. Ini semua bukti nyata. Kenapa ada antara kita yang boleh tolak mentah2 tuduhan2 yang ada BUKTI dan SAKSI ini?

Jadi mengambil berkah RAMADHAN ini, mari lah kita renung2 sikap dan cara penerimaan kita terhadap isu2 yang mereka2 bawa ni. Janganlah terlalu taksub dan begitu mudah menolak tuduhan tanpa berfikir sejenak pun.

Anywhoz saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Dan saya juga mohon ampun dan maaf kepada sesiapa juga yang terasa hati bila terbaca penulisan2 saya. Sesungguh nya saya hanya manusia biasa yan tak lari dari membuat kesilapan. Maaf kan saya. Ok u alls, jumpa lagi selepas raya nanti.

ASSALAMMUALAIKUMMMMMMM!

Yang Ikhlas,