Berita Harian: Mutakhir

Monday, May 21, 2012

11,764 tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN



Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
    
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di Bandar Tun Razak, Pahang semalam. - Malaysiakini Sampah



Inilah caranya kalau taknak bayar balik pinjaman PTPTN, belajar rajin2 sampai jaya! Bukan duk menerap tengah jalan, bukan duk buat maksiat di DATARAN MERDEKA! Bukan dengan terpekik terlolong maki hamun sana sini. BELAJAR! Dapatkan CGPA yang baik! Tahniah kepada yg dapat perlepasan ini, pada yg malas belajar tapi taknak bayar pinjaman PTPTN tu aku harap korang berhenti belajar dan kasik peluang org lain untuk nikmati pinjaman itu ok. Jangan menghabiskan duit rakyat!