Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, May 30, 2012

Fail Rahsia Azmin! Raja Putar ... eh Petra Ni Betul Ke?


Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.
Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.   
RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.
RPK mendakwa fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah. 
- Bernama
Ala RPK, Raja Petra ke Raja Putar ke? Bnyk nyer "PENDEDAHAN" tapi tarak berani ka mau kasi tunjuk sama rakyat? Lu mau peras ugut Anwar ka? Mau derang punya duit ka? Kalau betul2 ada, lu kasik tau je la, tunjuk bukti. Kata lu ni terbuka, sapa2 pun buat salah lu nak dedah, dedah je la, rakyat perlu tahu apa yg terjadi. Rakyat perlu tahu siapa ANWAR dan AZMIN. Ada beran ka Raja Putar? eh Raja Petra?