Berita Harian: Mutakhir

Sunday, May 20, 2012

Nik Aziz Cadang Muzakarah Sebelum PRU13.


KUALA TERENGGANU 19 Mei - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).


Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.



"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.



"UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian PAS untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.
Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.



Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar PAS membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO.



Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa UMNO bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - KLPOS

Pendapat Aku:
Waduh N.AJIS nak kenekan syarat pulak. Dia yg kecik nak kenekan syarat pulak kat yg besar. Adoiyai! Kalau dgn PR semua habis terlondeh PAS relakan, dgn UMNO byk lak syarat. Jangan la nak berangan N.AJIS, ingat la peyatuan ini untuk kebaikan PAS dan seluruh umat ISLAM dalam negara kita. Jangan pulak nak tekan UMNO. Aku rasa tak payah la nak muzakarah dgn PAS selagi N.AJIS hidup. Dia bukan iklas, ini semua propaganda politik je. Dah dekat pru kan.

Korang tak hairan ke kanapa N.AJIS sebuk2 lak pasai NEGARA ISLAM sedangkan dia telah MEMBUANG perjuangan ISLAM dalam PARTI PAS kerana desakan DAP dan PKR? Macam HINDU LA LU NIK AZIZ!