SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.
Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini.
Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, program ini, anjuran Kumpulan Media Karangkraf, akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.
Mereka yang berminat untuk menyaksikan program ini atau memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 017-3714523 (Zailani).
Ikuti perkembangan susulan dengan membeli Sinar Harian atau melayari laman Sinar Harian Online di alamat www.sinarharian.com.my dari semasa ke semasa.
BANTAI RAFIZI GAY TU KJ! JANGAN KASIK PELUANG KAT B.A.B.I. TU!