Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 21, 2012

1 Malaysia 1 Sekolah Amat Di Perlukan!



Komen Tun Dr M yang di suarakan mengenai sistem 1 sekolah seperti mana tulisan Bro GAP DI SINI, pada aku memang amat di perlukan di negara kita! Dengan terdapat nya pelbagai aliran di dalam sistem sekolah kita menyebabkan kita tak dapat menyatukan bangsa2 di negara kita. Kita perlu mengambil contoh terdekat seperti di THAILAND, SINGAPORE dan INDONESIA. Di negara2 ini dan boleh kata di seluruh dunia semua sekolah di dalam aliran Bahasa Kebangsaan mereka sahaja.

Ini memudahkan rakyat dan negara2 seperti negara kita yang mana terdapat banyak kaum dan bangsa bersatu. Tapi amat di kesali sebab terlampau banyak tentangan di terima untuk tujuan itu. Adakah mereka (CINA dan INDIA) tidak mahu penyatuan bangsa? Tapi mereka duk kata BN ni resis, tapi bila kerajaan buka mulut sikit hal 1 sekolah ini, mereka semua bantah!

Tapi apa pun aku rasa betul kata TUN, sikap mencari populariti kerajaan sekarang ini akan menyusahkan negara di belakang hari. Di harap 1 sekolah ini akan jadi kenyataan demi masa depan negara. Kita tak pernah menghalang mereka (CINA dan INDIA) untuk mempelajari atau menguasai bahaa ibunda mereka, dan jika sistem 1 sekolah ini di laksanakan, kerajaan boleh MEWAJIBKAN murid2 CINA dan INDIA untuk mengikuti pelajaran bahasa masing2 di sekolah.

Tapi kecewa jugak bila lihat kempen online yang di buat untuk mendapatkan tandantangan 100k penyokong2 sistem 1 sekolah hambar. Sejak beberapa tahun lepas di mulakan baru dapat tak sampai 4k tandatangan sahaja walaupun telah di promosikan oleh blogger2 besar seperti PAPAGOMO, GAP dan PARPUKARI. Hmmmm