Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 21, 2012

Dr M: Kebebasan berhimpun perlu ada hadnya



Tun Dr M sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa perlunya had dan syarat untuk mengadakan sebarang perhimpunan demi menjamin keamanan negara yang kita cintai. Anda boleh baca kenyataan Tun DI SINI.

Saya juga suka nak ingatkan kepada semua, ALLAH juga mengajar kita agar menghadkan segala-galanya sehinggakan SOLAT dan amalan pun di suruh hadkan agar tidak melupakan tanggungjawab kita semua di dunia ini. Adakah ISLAM menyuruh kita sembahyang tak henti2 dari SUBUH sampai ke MALAM? Adakah ISLAM menyuruh kita duduk dalam MASJID 24 jam tanpa pergi kerja mencari rezeki? Ini semua sebahagian kecil betapa perlunya HAD HAD dan SYARAT SYARAT untuk segalanya demi mengimbangkan dunia dan akhirat.

Begitu juga lah undang2 di dunia ini, semua nyer perlu had. Adakah jika Pakatan Rakyat memerintah maka semua org di benarkan demo sesuka hati di mana juga waktu bila dan lain2 lagi? Macam mana jika ketika itu UMAT MELAYU nak berhimpun MEMPROMOSIKAN DAGING LEMBU untuk orang ramai di BATU CAVE semasa perayaan TAHIPUSAM, adakah ini juga akan di benarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat atas dasar kebebasan hak?

Cuba namakan negara mana di dunia ini yang mengamalkan kebebasan hak bersuara mutlak? Negara sanjungan Pakatan Rakyat iaitu ISRAEL dan USA pun tak mengamalkan nya. Jadi kita semua perlu lah faham kenapa kerajaan BN sekarang ni begitu mengambil kira semua faktor sebelum membenarkan sebarang himpunan di buat. Kerajaan BN lebih realistik dan sebarang pekutusan di buat demi kebaikan rakyat. Fikirkan lah dengan minda terbuka ...