Berita Harian: Mutakhir

Monday, June 4, 2012

Perlukah UMNO Resah Dgn Kehadiran Himpunan Hijau PAS?


Laaaa jangan risau la, kita perlu ingat, PAS semua ni pandai dan byk idea2. Korang fikir semua yang datang itu adalah org PAS? Salah tu, menurut maklumat kami, ada ahli2 PKR yang di bekalkan dengan baju hijau tu untuk meramaikan lagi kehadiran di Stadium Alor Setar tuh. Jadi nya tak kira lah jumlah nyer berapa, 100k 150k atau pun 500k, apa yg perlu di lakukan oleh UMNo ialah teruskan usaha membantu rakyat. Itu key utama untuk memenangi hati rakyat, bukan dengan perhimpunan2 dan debat2.

Untuk orang2 UMNO, teruskan lah bekerja untuk RAKYAT, dan jangan bekerja untuk puak2 atau kroni2 korang je. Dan untuk PM kita, tolonglah cantas mana2 ahli UMNO atau wakil2 rakyat UMNO yang tidak mahu bekerja untuk rakyat. Cantas yang hanya tahu membesar kan PERUT SENDIRI sahaja! Yang hanya tahu buat duit untuk kroni2 atau sedara mara mereka sahaja. UMNO tidak sempuna, dan tiada apa di dunia ini yang sempurna, apa yang perlu kita lakukan ialah bersihkan dan perbaiki kesilapan2 kita.

Misal nya konsert K POP yang terdiri dari pompuan2 berpakaian seksi di Perhimpunan Sejuta Belia tempoh hari, perkara2 macam ini sepatutnya tidak terlepas pandang oleh UMNO atau pun pihak kerajaan. Kita perlu amat perihatin dengan perkara2 sensitif ini. Dan kerana kelalaian kerajaan sendiri, isu K POP ini di mainkan oleh pembangkang sehingga ke hari ni dan aku percaya sehingga ke pilihanraya nanti.

So, sekali lagi, kita tak perlu gentar dengan kehadiran Perhimpunan Hijau PAS tu, yang perlu di lakukan ialah penambahbaikan dalam jentera2 kerajaan dan UMNO itu sendiri. Sentimen gelombang merah makin besar, dan aku percaya PRu akan datang akan jadi milik Barisan Nasional! Insyaallah!