Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, June 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus ... Jadi Org Politik Je Lah!

First sekali, aku memang puji dgn cara Ustaz Azhar Idrus berdakwah. Beliau mempunyai satu daya tarikan yang amat kuat dengan cara beliau itu. Lawak beliau dan jawaban2 beliau amat jelas. Cara Ustaz Azhar ini tidak ada pada pendakwah2 lain saya rasa, terutama ruangan soal jawab beliau.

Beliau tidak kisah apa jua soalan dan tidak terikat dengan topik, apa jua soalan boleh di tanya oleh jemaah walaupun lari dari topik perbincangan nya. Dan beliau sentiasa memperuntukkan waktu yg agak panjang untuk melayan seberapa banyak soalan yang termampu. Ini patut di contohi oleh pendakwah2 lain. Sangat bagus!

Tetapi ... jeng jeng jeng, bila tiba tang soalan ada kaitan dengan POLITIK, Ustaz Azhar mula melencong dan bertindak sebijik macam tindakan biasa orang2 PAS. Tindakan macam mana? Tindakan yang membolehkan yang tak boleh, tindakan betul kepada yang tak betul. Sebagai contoh, aku ambik satu soalan yg di anjurkan kepada Ustaz Azhar, soalan tu tanya "Bolehkah kita adjust meter TNB" lebih kurang la, Ustaz Azhar kata boleh sebab kerajaan zalim! Hmmm aku tak pandai mcm Ustaz Azhar ni, tapi bukankah mencuri ni kerja salah? Sedangkan kalau kita inaya orang kafir pun kita berdosa inikan pulak mencuri. Melalui jawaban Ustaz Azhar tu, makna nya kita juga boleh mencuri minyak Petronas dan lari dari bayar TOL dan lain2 yg kerajaan miliki.

Boleh ke? Adakah ini ajaran mengikut SUNNAH RASUL kita? Ustaz Azhar juga sering menghina dan mengutuk Ustaz2 "UMNO" atau yg pro kepada kerajaan. Adakah pada Ustaz Azhar dia sahaja yang pandai bab2 agama ini? Dia sebuk kata kerajaan BN membenarkan judi dan arak, tapi dia tak pulak nasihat NIK AZIZ untuk mengharamkan ARAK dan JUDI di Kelantan. Jauh lagi lah di Selangor. Kenapa Ustaz Azhar tak bantai kerajaan2 di bawah Pakatan Rakyat.

Kenapa ujud double standard dalam ajaran Ustaz Azhar? Adakah perkara2 itu hanya haram pada UMNO sahaja tetapi HALAL pada PAS? Kita semua boleh menilai orang2 PAS ini. Walaupun Ustaz Azhar bukan ahli PAS tapi semua org tahu dia ni hipokrit, hanya org BODO je tak nampak Ustaz Azhar ini org PAS.

Kepada Ustaz Azhar Idrus, teruskan dakwah yg baik dan cara yg hebat itu, tetapi janganlah sebar bidaah bila tiba tang politik. UMNO sememangnya tak sempurna, tetapi adakah PAS sempurna? Lebih baik ustaz memperjuangkan kesatuan ummah dari terus memecahbelahkan ummah.