Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, June 12, 2012

Rafizi: Dana siswa Selangor tetap diteruskan. PTPTN Tolong Tolak Permohonan Pelajar UNISEL, PR dah bagi derang!


Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kerajaan Selangor telah ‘lulus' ujian yang dilakukan oleh kerajaan Pusat berhubung isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Universiti Selangor (Unisel) minggu lalu.
Sehubungan itu, Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor berkata, cadangan asal untuk menubuhkan dana bagi membantu siswa berkenaan akan diteruskan.
"Saya rasa mereka (BN) tersalah kira. Mereka tak sangka bahawa kita sanggup peruntukan wang secepat itu. BN anggap kita tak ada jawapan. Mereka terlupa yang Tan Sri Khalid (Ibrahim) ini tokoh korporat. Dia tahu macam mana nak mencarikan aset.
"Saya juga bertanya pada Tan Sri Khalid sehari selepas pengumuman PTPTN, (adakah) duit tetap ada dan akan digunakan. Beliau berkata ‘ya, duit akan tetap ada," kata Rafizi dalam satu temubual di saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.
Selain itu, ketika ditanya adakah jumlah RM30 juta mencukupi, Rafizi menjelaskan, jumlah wang itu cukup untuk digunakan pada dua buah institusi pengajian tinggi.
Katanya, sehingga akhir tahun, berdasarkan perkiraan bagi semester seterusnya, RM30 juta akan dibahagi dua iaitu RM15 juta kepada Unisel manakala selebihnya kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Memang seronok baca CERITA yang di kesahkan oleg RAFIZI BAHALOL ni, tapi aku harap rakyat tak tertipu. Jangan lekas sgt bangga dengan cerita Rafizi ni, takde dalam temubual dia ni langsung tentang bagaimana atau berapa atau cara mana duit itu akan di agihkan. Ada? Berapa dia nak BAGI budak2 UNISEL dan KUIS? Adakah mereka (Pakatan Rakyat) akan beri yuran 1 semesta untuk semua budak2 UNISEL dan KUIS secara PERCUMA? Bagaimana dengan semesta2 seterusnya? Atau hanya beri sorang RM100? atau RM1000? Kalau nak bagi SEMUA ... BAGI = BUKAN PINJAMAN elok lah aku rasa UNISEL dan KUIS mengumumkan secara RASMI bahawa UNISEL dan KUIS ialah IPT PERCUMA 100%!

Boleh RAFIZI umumkan atau sahkan tentang perkara ini? Bila lagi  nak buat pengumuman UNISEL dan KUIS ialah IPT PERCUMA 100% ?? Sembang boleh la RAFIZI! Jelaskan secara detail peruntukan tu nak bagi camne kat budak2 tu. Jangan asyik jual muka ko kat MALAYSIAKINI.CON jer. Dan jika benar mereka nak bagi semua yuran2, jadi aku nasihatkan PTPTN reject je permohonan budak2 UNISEL dan KUIS sebab mereka dah dapat dari Pakatan Rakyat. Duit tu boleh biaya budak2 lain di IPT lain. Jangan mambazir!

Pelajar2 UNISEL dan KUIS pulak, jangan marah kalau permohonan anda di REJECT sebab RAFIZI kata peruntukan untuk korang tetap berjalan walaupun PTPTN dah tarik balik pembekuan aritu. OK!