Berita Harian: Mutakhir

Friday, June 8, 2012

Sekatan PTPTN Ke Atas UNISEL Di Tarik Balik. Alhamdullilah ... Bersyukurlah!



SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.
"Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.
"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.
Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.

Bagus lah, kesian kat budak2 tu. Akibat KELANGCANGAN MULUT pemimpin Pakatan Rakyat budak2 tu yang susah. Sekarang baru korang tahu betapa pentingnya PTPTN dan bantuan kerajaan. Selama ini tak hargai kan, harap2 anda semua lebih menghargai bantuan kerajaan ini. Baru kejap kene beku dah kelam kabut, pegi bank swasta tgk dapat loan ke tak dengan hanya 1% faedah.

Sekali lagi, tolonglah hargai bantuan kerajaan ini. Ok guys!