Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 14, 2012

Siapa Yusuf al-Qaradhawi Yang Di Agung Anwar Ibrahim?


Penjelasan Oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan yang terakhir tentang isu Qaradhawi, isu yang menarik. Saya menonton ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di mana beliau mengangkat buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam ceramahnya dan berkata, “Ini buku siapa ini, ini buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ini ulama! Lihat apa yang beliau tulis tentang saya.” Beliau pun membukanya, kemudian beliau membacakan, “Kepada saudaraku yang dikasihi, pemimpin.”
Itu antara yang saya ingat daripada ceramahnya, kalau ada tertambah terlebih saya minta maaf tetapi itulah yang saya ingat. Boleh semak semula dan betulkan jika saya tersalah. - sambung baca

Harap kita semua kenali dan kaji sesaorang itu sebelum menelan sebijik2 FATWA yang di keluarkan nya. Pakatan Rakyat bukan sahaja menolak MUFTI2 dan orang2 yang di lantik untuk mengeluarkan FATWA di negara sendiri tetapi juga tidak langsung menghormati malah mengeji mereka, sebaliknya mereka menyanjung tinggi sesiapa sahaja yang mengeluarkan FATWA selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat.