Berita Harian: Mutakhir

Sunday, June 10, 2012

Yaman pelawa Dr Mahathir jadi penasihat ekonomi



10 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan  serta seorang pegawai Bank Dunia.
   
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
   
"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
 
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
   
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.
   
Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama

Bangga lah aku kalau camni kan, dunia mengiktiraf kehebatan Tun Dr M sehingga kini! Eh, ANWAR IBRAHIM pun penasihat kewangan kan? Tapi Negeri Selangor je la, eh bukanke Selangor dah menurun  pendapatan nya, tu yg cukai kene naik tu kan. Air bagi FREE rm20 cukai semua naik. Eh gaji ANWAR IBRAHIM di Selangor RM1 kan ... patut la dapat nasihat RM1 jugak nilai nya ... hahahaha PENASIHAT ke PUNAISIHAT?