PETALING JAYA, 4 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau memilih untuk bertanding di salah sebuah Parlimen di Perak tanpa mengesahkan kawasan yang bakal dipertandingkan.
"Kita akan putuskan nanti," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini semalam.
Pengumuman beliau itu sejurus pengisytiharan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi laluan kepada PRU13. ... BACA LAGI