Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 3, 2013

C.N Afghani minta maaf secara peribadi kepada Tun Mahathir


PUTRAJAYA - Bekas ahli seumur hidup Pas Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena C.N Afghani yang pernah merancang untuk membunuh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988, hari ini berpeluang bertemu bekas perdana menteri itu bagi memohon maaf.

Pada pertemuan itu, Zainon turut disertai wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam dari Kelantan yang juga merupakan bekas penyokong PAS, antaranya Persatuan Minda Pondok dan Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, penulis buku "Kafirkah Aku?" itu berkata tindakan memohon maaf itu diambil berdasarkan kesedaran beliau terhadap kesalahannya sebelum ini dan berasa lega apabila Dr Mahathir menerima permohonan maafnya. BACA LAGI