Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 9, 2013

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan: ‘UMNO daulatkan agama Islam’


Kota Bharu: “Bagaimana UMNO dikatakan menolak Islam? Islam itu ditulis sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan. Itu sudah ternyata UMNO mendaulatkan agama Islam,” tegas bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terus menerus mengeluarkan ‘fatwa’ terhadap orang UMNO.


Selepas ‘mengkafirkan’ UMNO, beliau juga membuat dakwaan solat orang UMNO juga tidak mendapat pahala kononnya UMNO menolak dasar Islam sebaliknya membawa dasar kebangsaan.

Biarpun kenyataannya mengundang kemarahan dan dibidas pelbagai pihak, beliau tetap mempertahankan kenyataan itu.


Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan PAS di negeri ini berkata, tindakan dilakukan Menteri Besar Kelantan itu semata-mata bersifat politik dan perjuangan untuk menawan Putrajaya. ... BACA LAGI