Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 9, 2013

Pilih Kerusi: Pakatan Bercakaran


KENYATAAN DATUK DR HASAN ALI BERHUBUNG SITUASI DALAM PARTI PEMBANGKANG DALAM MEMBUAT PEMILIHAN CALON PADA PRU13.
 
PRU ke 13 sudah benar-benar berada di hujung serambi. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada hari Rabu ini. Semua parti yang bertanding menyatakan mereka telah bersiap sedia termasuk pembahagian kerusi mengikut komponen parti masing-masing.
 
Umum mengetahui sesuatu yang keluar daripada mulut pimpinan politik tidak seharusnya ditelan begitu sahaja. Memang sudah menjadi lumrah tidak ada parti politik dalam dunia yang menyuarakan sesuatu yang boleh menggambarkan kelemahan dipihak parti tersebut. Begitu jugalah halnya dengan parti-parti  politik yang bertanding dalam PRU ke 13.


Pakatan Rakyat telah memutuskan formula pembahagian kerusi di antara tiga komponen parti. Pada dasarnya formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12. Apa yang berlaku pimpinan komponen parti dilihat seolah-olah tidak menghormati prinsip pembahagian kerusi tersebut sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk "mengecup" kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan. ... BACA LAGI