Berita Harian: Mutakhir

Monday, April 22, 2013

Blog 1Malaysia : 1000 ahli PKR Cabang Keluar Parti.


BLOG 1 MALAYSIA - Kurang 24 jam tempoh pencalonan Parlimen Lumut tamat, kira-kira 1,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang itu mengisytiharkan keluar parti selepas cabang itu dibubarkan berkuat-kuasa serta merta.

Diketuai bekas Ketua PKR Cabang Lumut, P Shamugum, 13 lagi ketua ranting mengikuti jejak langkahnya kerana mereka begitu kecewa dengan keputusan kepimpinan tertinggi PKR.


Antara punca kekecewaan itu ialah tindakan Penasihat Umum parti, Datuk Seri Anwar memberi laluan kepada ahli PAS, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid bertanding kerusi Parlimen Lumut atas tiket PKR.

Selain itu, Shamugum mendakwa calon Pangkor, Mohd Saifullah Zulkifli juga bukan orang tempatan sebaliknya sekadar menjadi calon bidan terjun, sekaligus menutup peluang calon tempatan bertanding.

“Anwar menipu kaum India di Lumut kerana beri peluang kepada orang luar bertanding di kerusi parlimen dan DUN Pangkor seolah-olah parti tidak mempunyai pemimpin yang berkelayakan.


“Lebih menyedihkan apabila Ketua Pembangkang itu tidak menghiraukan suara akar umbi yang mahukan calon tempatan diangkat bertanding pada PRU-13,” katanya kepada pemberita.

BACA LAGI DARI SUMBER