Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 11, 2013

BN rampas semula Selangor, Kedah ramal pakar Feng Shui


KUALA LUMPUR - Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.
   
David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.
   
Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

   
Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.
 
"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya. BACA LAGI

p/s: Ini ramalan2 ... ketentuan hanya dari ALLAH. Jangan lari lak aqidah kita dgn ramalan2 dan tilikan2 ini. Tapi berita camni pasti buat ANWAR IBRAHIM gatal TELOQ! hahahaha