GEORGETOWN 22 April - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee dipecat dari DAP hari ini kerana gagal menarik balik secara terbuka keputusannya bertanding sebagai calon Bebas, dalam tempoh 24 jam mulai semalam.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, berkata keputusan memecat penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dari DAP pula diubah pada saat akhir selepas Sim menarik diri sebagai calon bebas bagi kerusi negeri Kota Laksamana.
Sim dilaporkan berkata beliau akan terus bertanding bagi kerusi Parlimen itu atas tiket DAP.