Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 18, 2013

HANGAT: ROS tak iktiraf barisan CEC DAP



Hanya dua hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

DAP mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 3 petang ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar selepas itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanya dalam satu sidang untuk mengumumkan senarai calon DAP Selangor di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur.


Pemimpin DAP, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan menerima surat daripada ROS, tetapi tidak menyatakan tentang kandungannya.

Surat tersebut yang bertarikh semalam dan dikatakan dari ROS, sedang beredar di Internet. Bagaimanapun, kesahihannya masih belum disahkan oleh DAP atau ROS.

Bagaimanapunk, usaha Malaysiakini untuk menghubungi Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahim Othman setakat ini belum berhasil. Manakala seorang pegawai kanan ROS mendakwa tidak tahu menahu mengenai surat tersebut.

Jika benar, ini merupakan satu tamparan hebat terhadap persediaan DAP untuk berdepan dengan pilihan raya umum 5 Mei ini.

Sehingga kini, juga tidak jelas sama ada ini akan menjejaskan penggunaan logo DAP pada hari penamaan calon.


DAP disiasat oleh ROS berkaitan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa pemilihan parti Disember tahun lepas, yang mengakibatkan barisan awal CEC parti itu dirombak semula.

Parti itu mendakwa terdapat kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi tetapi pemimpin DAP menolak gesaan diadakan pemilihan baru walaupun terdapat bantahan dari ahli tertentu parti itu.

SUMBER