Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 18, 2013

Relaks le...apa yang Khalid Samad nak gabra pada Zul Noordin



Masuk gelanggang Khalid Samad sudah mula tunjuk tanda-tanda macam orang tengah senak perut dengan pencalonan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihanraya ini.

Penyandang kerusi parlimen itu yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor mungkin menyesal kerana pernah mencabar bekas ahli parlimen Kulim Bandar Bharu itu bertanding menentangnya.


Tentu ramai masih ingat Khalid dan Zulkifli pernah bertikam lidah dalam banyak isu terutama berkaitan pendirian PAS berhubung soal agama baik di media mahupun di sidang Parlimen sebelum ini.

Selain Zulkifli, Khalid juga kerap bertelagah dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali sama ada beliau masih bersama pembangkang ataupun selepas PAS memecatnya awal tahun lalu.

Sejak itu sudah timbul desas desus, Zulkifli ataupun Hasan akan bertanding melawan Khalid di Shah Alam.


Akhirnya Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada Zulkifli masuk gelanggang berentap Khalid – antara pemimpin PAS dalam kumpulan Anwarinas yakni penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA LAGI DARI SUMBER