Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 17, 2013

Ibrahim Ali: Kenapa Zul dapat tapi saya tidak


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. 


"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.

Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.

SUMBER

p/s: Adoi relek le bro, ini politik. Sebelum buat kenyataan tu apa salah nyer selesai kan secara dalaman. Calling2 la PM ke TPM ke cuba tanya kenapa saya tak dpt, ZUL dpt? Haa kan lebih baik. Apa2 pun jgn gado2 kita bawak bincang ... Jgn terlalu fikirkan diri sendiri, fikir gambaran atau keutamaan yg lebih besar. Iaitu MENUMPASKAN Pakatan Rakyat DURJANA yang akan merosakkan semua nya! Pakatan Rakyat tak ubah macam DAJJAL!