MENARIK: Datuk Mukhriz Tun Mahathir Bakal MB Kedah.
Di Kedah pula, timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Muhkriz Mahathir dijangka bertanding kerusi DUN Ayer Hitam – sekaligus menjawab teka teki siapa bakal dilantik Menteri Besar jika Kedah ditawan kembali oleh BN.
Menariknya, beliau tidak memilih kerusi Kota Siputeh yang dimenangi calon BN Datuk Abu Hassan Sarif dengan majoriti 1,573 undi pada 2008.
Sebaliknya, Mukhriz sedia mengambil risiko bertanding di kerusi Ayer Hitam – kerusi yang BN kalah dengan perbezaaan majoriti 506 undi.
Pada PRU12 kerusi itun ditandingi oleh Othman Aziz,calon BN yang dapat 10,146 undi manakala calon PAS Abdul Ghani Ahmad yang menang dapat 10,652 undi.
Memandangkan sebelum ini Mukhriz menang di kerusi Parlimen Jerlun, peluangnya menawan kerusi Ayer Hitam yang juga dalam parlimen sama amat cerah.
Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun setelah mendapat 19,424 undi.Calon PAS yang tewas Idria Ahmad dapat 17,219 undi yakni perbezaan majoriti 2,205 undi
Pada 2008, BN terlepas negeri Kedah apabila hanya memperolehi 14 kerusi DUN berbanding pembangkang yang memenangi 21 kerusi dan Bebas satu.