Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 11, 2013

KELAM KABUT: PAS Pulau Pinang : PKR Negeri Belakangi Keputusan PR.

KEPALA BATAS, 11 April - PAS Pulau Pinang menganggap keputusan Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu dilihat seolah-olah membelakangi keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat yang diputuskan dua hari lepas.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man berkata, ianya dipersoalkan susulan keputusan Pakatan Rakyat (PR) peringkat Negeri telahpun bersetuju meletakkan calon dari parti pimpinannya bagi kawasan tersebut.
"Saya bawa balik mandat yang telah diputuskan oleh PAS pusat selepas perbincangan antara tiga parti komponen pakatan pembangkang, iaitu kerusi Sungai Acheh adalah milik PAS.
"Jadi keputusan PAS adalah muktamad bahawa kami akan bertanding di Sungai Acheh dan setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat (perbincangan peringkat pusat)," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan nama-nama calon PAS Pulau Pinang di Pejabat PAS, Pongsu Seribu, di sini Rabu malam.  BACA LAGI