Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 11, 2013

Tunku Aziz : PR Rancang Timbulkan Huru-Hara pada PRU13.


PETALING JAYA 10 April - DAP didakwa terlibat dalam perancangan bersama rakan parti pembangkang dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menimbulkan huru hara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beberapa bukti perancangan strategi Pembangkang yang akan mengganggu kelancaran pilihan raya dengan menjejaskan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari mengundi.

"Kami telah menerima maklumat gangguan tertentu dan dokumen berkaitan yang menunjukkan terdapat rancangan jahat pihak tertentu pada hari mengundi PRU13 yang akan datang.


"Maklumat dan dokumen ini mendedahkan suatu strategi licik untuk mengganggu PRU13 dengan mencetuskan kekacauan dan akibatnya merosakkan imej SPR untuk melemahkan keyakinan umum terhadap integriti proses pengundian demokrasi kita," katanya pada satu sidang akhbar di Hotel Estin di sini semalam.

BACA LAGI