Kilang bina kereta api siap dalam tempoh setahun, tawar 800 peluang pekerjaan: PM
BATU GAJAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kilang membina kemudahan kereta api dan lokomatif di sini dijangka siap dalam tempoh setahun dan menawarkan kira-kira 800 peluang pekerjaan terutama dalam bidang teknologi tinggi.
Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Membangunkan Kilang Kemudahan Membina Keretapi dan Lokomatif di sini, sebentar tadi. Najib kemudian melakukan upacara pecah tanah projek menggunakan jengkaut. SUMBER