Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 9, 2013

PKR Pahang Keliru, Umum Jadi Calon Bebas


KUANTAN 8 April - Ketidaksepakatan parti pembangkang dalam pelbagai perkara kini semakin jelas apabila Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Zahari Mamat hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Paya Besar.
 
Dipetik Bernama, Zahari berkata sekalipun akan bertanding sebagai calon Bebas, beliau masih lagi menjadi anggota dan ketua cabang PKR kawasan berkenaan.

 
"Hari ini (Isnin), saya sekadar ingin memaklumkan saya akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Paya Besar, perkara lain (hal-hal lain) akan dimaklumkankemudian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaancalon dan tarikh mengundi," katanya. ... BACA LAGI