Berita Harian: Mutakhir

Saturday, April 20, 2013

MB Perak: Kamilia orang tidak ada prinsip


LUMUT -  Peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahan kerusi Parlimen Kuala Kangsar tidak tergugat dengan tindakan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Beliau sudah buat keputusan, jadi kita (BN) anggap beliau bukan calon BN dan kita terima keputusannya... BN tidak bimbang dengan peluang untuk menang meskipun beliau bertanding di situ dan kita akan lawan.


"Namun saya kecewa apabila beliau menjadi orang yang tidak ada prinsip selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun Bukit Chandan," katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.
 

Beliau berkata, Kamilia (yang dipecat secara automatik sebagai anggota Umno hari ini) sepatutnya mencontohi mereka yang senior dan mempunyai jawatan lebih tinggi daripadanya seperti bekas Presiden Gerakan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas yang sanggup bertanding kerusi Dun.

BACA LAGI DARI SUMBER