Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 11, 2013

NAJIB: Usah kecewa tak dicalon


Kuala Lumpur: Pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta mengetepikan rasa kecewa jika pembahagian kerusi dan pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak memuaskan hati mereka. 


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, berkata adalah mustahil untuk BN memuaskan hati semua pihak apabila melakukan perubahan pengagihan kerusi dan pemilihan calon. 
“Sebaliknya mereka harus kekal membantu jentera BN mencapai kemenangan kerana kedua-dua aspek itu hanya sebahagian daripada proses pilihan raya tetapi matlamat utama adalah membentuk kerajaan kukuh dengan majoriti dua pertiga,” katanya.