Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 11, 2013

BANTU MEREKA: Bayi tiga bulan terpaksa buang mata

GEORGETOWN - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah yang terpaksa ditanggung adik Muhamad Haidar Nasran Zahidi, tiga bulan apabila dia disahkan menghidap kanser mata atau retinablastoma.
Anak kedua kepada pasangan Zahidi Azhar, 35, dan isterinya Noor Hayati Samsudin, 31, disahkan menghidap penyakit berkenaan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mata kanan anak mereka mengalami bengkak dan kemerahan.
Akibat daripada penyakit itu, mata kanan bayi comel yang dilahirkan pada 3 Januari lalu terpaksa dibuang bagi mengelakkan kuman berjangkit ke bahagian lain.
Namun difahamkan, mata kiri Muhamad Haidar juga telah disahkan terkena jangkitan kuman dan kini berada di tahap kedua.
Zahidi yang ditemui di rumahnya berkata, mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada mata kanan Muhamad Haidar ketika dia berusia 54 hari. .... BACA LAGI
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Noor Hayati Samsudin (157139695983).